Monday, December 06, 2004

Perisian terbuka : semakin menyengat

Perisian sumber terbuka (open source) menjadi semakin popular terutamanya selepas organisasi mula menghadkan perbelanjaan dalam teknologi maklumat. Organisasi mula mencari kaedah terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan dalam teknologi maklumat. Maka penyelesaian berasaskan sumber terbuka mula bertapak di segmen pasaran yang begitu menguntungkan, selama ini ianya hanya didominasi oleh syarikat seperti Microsoft.
Penggunaan aplikasi dan pengkalan data sumber terbuka telah begitu popular bagi kegunaan persendirian. Dua initiatif utama telah dilancarkan untuk mengitegrasikan perisian sumber terbuka yang sedia ada supaya ianya setaraf dengan perisian komersial yang ditawarkan oleh Microsoft, IBM mahupun Oracle.
Gluecode Software ialah syarikat yang menawarkan penyelesaian bedasarkan perisian sumber terbuka untuk kegunaan enterprise. Mereka menawarkan penyelesaian sumber terbuka berasaskan Java, dibina bedasarkan teknologi perisian sumber terbuka oleh Apache Software Foundation. Gluecode JOE mengandungi portal, pengkalan data dan application server. Gluecode menawarkan sokongan teknikal dan penyelengaraan bagi penyelesaian yang ditawarkan.
Kemudian ObjectWeb, konsotrium berpusat di Perancis mengeluarkan eXo Platform. Rumusan ini mengandungi portal dan CMS (content management system). Pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan organisasi melalui platform ini.Ianya mampu meningkatkan produktiviti dengan menyediakan maklumat perniagaan kepada pekerja, menawarkan pengurusan data disamping menjalankan pelbagai proses perniagaan hanya menggunakan pelayar internet.
Masih terlalu awal untuk melihat rumusan perisian terbuka diadaptasi oleh organisasi besar secara menyeluruh. Tetapi ianya memberi altenatif kepada mereka untuk memilih rumusan yang paling berkesan dan menjimatkan. Faedah utama menggunakan perisian sumber terbuka ialah kos, pengguna hanya perlu membayar kos perkhidmatan tetapi tidak perlu membayar perisian yang digunakan. Perisian tambahan pula boleh ditambahkan kepada rumusan sedia ada pada bila bila masa kerana anda mempunyai kod sumber rumusan tersebut.
Ternyata perisian komersial akan terus menawarkan pelbagai ciri menarik untuk membezakan produk mereka dengan produk sumber terbuka. Tetapi pembangun perisian dan usahawan sumber terbuka telah merancang untuk meningkatkan mutu produk mereka dan bersaing secara adil dengan produk komersial.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home