Thursday, December 02, 2004

Qasidah Burdah - Cinta yang menyembuhkan penyakit ?

Perubatan? Bagaimana yaaa ...
Pada zaman kini, terdapat pelbagai kaedah penyembuhan menggunakan alam semula jadi dan ketenangan jiwa dan ianya menjadi semakin popular, sila lawati laman web holistic therapy dan Energy Healing untuk maklumat lanjut. Sebagai seorang muslim pada masakini kita amat bertuah kerana ulama terdahulu telah meninggalkan pelbagai khazanah berharga untuk memperolehi kebahagian didunia mahupun akhirat. Cuma kadang kala kita terlupa akan khazanah tersebut.

Qasidah burdah adalah syair memuji Rasulallah dan perjuangannya serta sahabatnya dengan bahasa yang begitu indah sekali sehinggakan pengarangnya (Imam Bushiri) digelarkan oleh para ulama sebagai "Sayyidul Muddah" ertinya penghulu para penuji Rasulallah. Ianya begitu popular di Malaysia, Indonesia, Magribi, India, Yaman, Afrika dan di Amerika Syarikat (Sheih Hamza Yusuf menerbitkan Album beserta terjemahan burdah kedalam bahasa inggeris) Contoh audio boleh didapati di http://www.sandala.co.uk/home.html
atau didownload disini

Semasa sifakir masih di sekolah rendah, pembacaan qasidah burdah diadakan setiap pagi Jumaat di surau berhampiran rumah sifakir. Walaubagaimanapun sifakir sendiri tidak pernah menghadiri majlis tersebut (biasalah alasan sentiasa boleh diberi).





Komen : Mengapa pembacaan Qasidah dan Marhaban semakin lesu di Malaysia ?
Ini disebabkan pembacaan tersebut hanya mendapat sambutan dari golongan veteran (biasa laa- golongan muda? banyak lagi lagu lain yang lebih menarik dan seronok untuk dilagukan). Tambahan pula pembacaan dilakukan tanpa mengetahui makna syair yang dibaca, maka kesan melalui pembacaan tersebut adalah terlalu minima. (pendapat peribadi)


Sejarah menyatakan bahawa Imam Al Bushiri (Muhammad bin Said Albusiri 608-696H -Mesir) telah ditimpa penyakit lumpuh. Para doktor pada zamannya telah berputus asa untuk mengubatinya.

Pada ketika sakit beliau mendapat ilham untuk mengarang sebuah qasidah terhadap RasulAllah. Maka dengan hati yang penuh kasih sayang dan kerinduan terhadap Rasulallah beliau mengarang qasidah tersebut sehingga 161 rangkap.
Semasa beliau mengarang tersebut beliau merasakan semoga dengan berkat Rasulallah maka penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah.Kemudian beliau tertidur dan bermimpi bertemu Rasulallah, lalu baginda mengusap bahagian yang sakit tersebut dengan tangannya yang mulia lalu menyelimutkan Imam bushiri dengan selendang (burdah). Apabila dia terjaga dari tidurnya beliau mendapati selendang tersebut masih menyelimuti badannya dan yang paling menakjubkan ialah penyakit lumpuhnya juga telah sembuh.
Setelah kejadian tersebut maka Burdah menjadi terkenal dalam masyarakat islam sehingga masa kini. Ini bukanlah beerti qasiadah burdah yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebutkan sifat dan ketinggian aklak Rasulallah maka bertambahlah rasa kecintaan kepada baginda dan dengan berkat baginda merupakan "Ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya" maka insyaalah akan disembuhkan segala macam penyakit.
(Dipetik dari Qasidah Burdah Terjemahan Abu Ali Al Banjari AnNadwi - Ustaz Fahmi Zam Zam - Terbitan Kazanah Banjariah)

Tambahan:
Penulis (Ustaz Fahmi Zam Zam) buku tersebut mempunyai ijazah pembacaan burdah daripada Syed Muhammad Alwi AlMaliki

Transkrip lengkap berbahasa arab boleh didapati di Universiti Cornel

-fakirpena.blogspot.com


0 Comments:

Post a Comment

<< Home