Perisikan cyber - JBond digital - Part I
Pengguna internet bertambah dengan begitu pesat sejak beberapa tahun . Pelbagai perkidmatan ditawarkan oleh organisasi kepada pelanggannya untuk memudahkan mereka bekomunikasi mahupun melakukan transaksi. Perkembangan ini mengundang golongan tertentu mengambil kesempatan untuk mengintip perhubungan diantara kedua belah pihak untuk mendapatkan maklumat.
Anda tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh institut SANS mahupun perlu memasuki semula kolej untuk mempelajari teknik perisikan cyber. Sebenarnya carian ringkas menggunakan google sudah mampu untuk menjadikan anda seorang pengintip cyber. Anda boleh mendapatkan beratus ratus perisian dengan arahan yang lengkap untuk menjadikan anda seorang James Bond versi digital.
Sehingga kini tiada statistik lengkap mengenai perisikan cyber terutamanya dinegara kita. Media di luar negara ada melapurkan pelbagai kes perisikan cyber, itupun setelah seseorang ditangkap melakukan kesalahan tersebut.Kebanyakkan kes tidak dilapurkan kepada media kerana ianya melibatkan "maruah" sesebuah organisasi yang menjadi mangsa pengintipan.
Mengapa ianya menjadi semakin popular?
- Semakin banyak maklumat yang sensitif disimpan dalam komputer. Maklumat tersebut semakin mudah untuk disalin mahupun diproses.
- Wujud terlalu banyak bug sistem operasi dan perisian yang digunakan, tambahan pula perisian untuk mengexploitasi bug tersebut mudah didapai di internet
- Setiap hari bilangan komputer yang mempunyai talian ke internet bertambah maka bilangan mangsa dan pemangsa bertambah setiap hari. Walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes yang dilapurkan, kebanyakan kegiatan perisikan dilakukan oleh pekerja organisasi tersebut
Tetapi, siapakah yang berminat untuk mengintip maklumat anda, atau anda tiada maklumat yang perlu dirasiakan ?
Pengintip tersebut mungkin bos anda, pasangan, rakan sekerja, jiran ataupun sesiapa sahaja yang menyangka anda mempunyai maklumat yang memberi faedah kepada mereka. Jika nasib anda lebih malang, mungkin perisik tersebut adalah daripada kementerian keselamatan !
~fakirpena.blogspot.com

0 Comments:
Post a Comment
<< Home